Soft2Secure

Buang Launchpage.org virus daripada Chrome, Firefox dan IE

Buang Launchpage.org virus daripada Chrome, Firefox dan IE

Seperti barangan lain, trafik internet adalah satu komoditi yang digunakan untuk pembelian dan penjualan pada hari ini. Pemasaran atas talian adalah sesuatu yang besar menyumbang kepada kejayaan sesuatu perniagaan dan pihak-pihak yang lain, namun malangnya terdapat sesuatu yang negative. Penjenayah siber seperti orang-orang di sebalik Launchpage.org mengiklankan iklan yang mempunyai malware, terlibat dalam memintas trafik untuk mendapatkan duit dari pelayaran pengguna sewaktu menggunakan komputer untuk perbelanjaan.

Apakah Launchpage.org?

Di mata pengguna, Launchpage.org kelihatan seperti replika penyedia carian yang biasa. Ia mempunyai sebuah bar carian serta ikon untuk rangkaian sosial yang popular, termasuk Facebook, Twitter dan LinkedIn; penstriman video dan perkhidmatan e-membeli belah. Bahagian atas tetingkap diletakkan butang yang boleh diklik dengan salinan seperti sumber yang telah disebutkan, termasuk Gmail dan carian imej. Secara keseluruhan, laman web ini memberikan pandang pertama yang sempurna untuk orang biasa. Walau bagaimanapun, cara orang melawatnya tidak ada apa-apa kaitan dengan rutin melayari web biasa. Launchpage.org secara automatik dikonfigurasi untuk dibuka sebagai laman default, tab baru dan carian enjin pilihan. Tambahan pula, mangsa tidak pernah meminta untuk melakukan perubahan yang drastik ini.

Launchpage.org

Sementara ia menyerupai laman tab yang baru dalam Google Chrome, laman ini sebenarnya link dalam rantaian pengiklanan malware yang rumit. Ianya juga melibatkan plugin pelayar jahat atau extension yang mendapat keutamaan yang tinggi dan mampu mengubah suai keutamaan atas talian Chrome, Firefox dan Internet Explorer tanpa kebenaran pengguna. Dengan mengambil alih tetapan yang kritikal, pelaku program mengubah trafik ke Launchpage.org setiap kali pengguna membuka pelayar, mencetuskan tab baru dalam tetingkap yang sama, atau cuba untuk mencari kata kunci atau frasa dalam kawasan URL. Tidak kira berapa kali pengguna memasukkan tetapan Internet yang betul secara manual, si pelaku akan membuatkan konfigurasinya diberi kesan semasa pelayar dibuka pada masa akan datang. Menariknya, apabila carian sesuatu melalui kotak carian yang terbina, pengguna akan dibawa ke Google.com. Fakta ini memberi cadangan bahawa servis ini tiada enjin pencarian data sebenar atau algoritma disebaliknya. Ianya hanya perantara yang tiada guna dan mendapatkan wang dari jumlah pengguna melalui cara yang salah.

Adware Launchpage.org menceroboh komputer dengan menggunakan teknik yang lama dipanggil ‘bundling’. Ianya bagus, membolehkan penerbit perisian percuma mencari rezeki dengan menyebarkan aplikasi yang lain bersama produk mereka. Walau bagaimanapun, penjenayah siber mungkin mengambil kesempatan dengan menambah perisian rosak mereka dalam pemasangan klien ini. Jadi setiap kali anda ingin memasang pemain media yang baru, pemuat turun movie dan selainnya, sentiasa periksa jika terdapat tawaran tambahan dimasukkan di dalam pemasangan default semasa proses pemasangan. Jika dijangkiti dengan Launchpage.org, sila ikuti proses pembuangan adware dibawah. Selepas menghapuskan aplikasi berpotensi yang tidak dikehendaki, hanya tetapkan pelayar yang anda inginkan dan teruskan pelayaran dalam internet.

Buang virus Launchpage.org dengan pembersih automatik

Ini adalah satu kaedah berkesan secara eksklusif untuk melindungi dari ancaman malware secara keseluruhan dan adware khususnya. Penggunaan suite keselamatan yang mempunyai reputasi dapat memastikan pengesanan teliti semua komponen virus dan penyingkiran yang lengkap dalam satu klik.

  • Muat turun dan pasang Perisian Launchpage.org removal. Selepas mengaktifkan penyelesaian ini, klik butang Start Computer Scan.

    Muat turun pembuang Launchpage.org

  • Alat ini akan muncul dengan keputusan imbasan, melaporkan malware yang dikesan. Pilih pilihan Fix Threats untuk membuang semua jangkitan yang ditemui. Ini akan menyebabkan kepada penghapusan adware yang dipertimbangkan sepenuhnya.

Gunakan fungsi nyahpasang program Panel Kawalan

  • Akses ke Panel Kawalan. Terus ke Tambah atau Alih Keluar Program (Windows XP) atau Buang Pemasangan atau Ubah Program (Windows Vista / Windows 7 / Windows 8)
  • Cari Launchpage dalam senarai. Juga lihat dengan teliti pada semua aplikasi yang dipasang sebelum masalah rampasan bermula. Mungkin terdapat perisian percuma yang reputasinya anda boleh persoalkan. Apabila item yang tidak diingini dikesan, klik Buang pemasangan untuk membuangnya

Buang Launchpage.org dari pelayar web

Kaji carta aliran untuk menyelesaikan isu adware yang berlegar di sekitar keutamaan Internet Explorer, Firefox dan Chrome hingga ke manfaatnya. Ketahui juga bagaimana untuk memulihkan tetapan tatarajah biasa bagi setiap pelayar yang disebutkan melalui prosedur tetap semula asal. Oleh kerana kaedah ini menyebabkan kepada kehilangan data pelayar peribadi seperti cookies, penanda halaman yang disimpan dan sejarah, teruskan atas risiko anda sendiri. Sekiranya anda tidak pasti, gunakan pembaikan automatik yang telah dinyatakan di atas.

Penghapusan Launchpage.org pada Internet Explorer

  • Di dalam IE pergi ke Menu alatan / Ikon gear dan pilih Internet Options di dalam senarai jatuh-bawah
  • Pada pop up antaramuka, klik pada tab Advanced dan klik butang Reset
  • Skrin Reset Internet Explorer Settings akan muncul. Jika anda pasti anda mahu meneruskan, tanda kotak Tetapan padam butiran peribadi seperti yang ditunjukkan pada skrin dan kemudian klik Reset. Tunggu IE untuk menyelesaikan tugas-dan anda sudai selesai

Penghapusan Launchpage.org dari Firefox

  • Pada Mozilla Firefox, pergi ke BantuanMenyelesaikan masalah Informasifirefox-menyelesaikan-masalah-informasi
  • Pada halaman yang muncul, teruskan dan klik pada butang Set Semula Firefox di kotak bernama Refresh Firefox ke keadaan asal. Sebelum anda melakukannya, pertimbangkan untuk membuat sandaran keutamaan anda melalui pilihan Salin data / teks ke clipboard pada skrin yang sama

Penghapusan Launchpage.org dari Chrome

  • Pergi ke ikon menu Chrome seperti yang ditunjukkan di bawah dan pilih Tetapan di dalam senarai
  • Klik pautan Paparkan tetapan lanjutan pada skrin Tetapanchrome-paparkan-tetapan-lanjutan
  • Sekarang cari butang Tetapkan semula tetapan pelayar dan klik padanya
  • Baca popup dialog berikut dengan teliti untuk memastikan anda menyedari kesan transaksi yang anda bakal lakukan. Teruskan dan klik Tetapkan semula jika anda telah pasti. Itu sahaja!

Semak untuk kemungkinan terdapat sisa-sisa jangkitan Launchpage.org

Sekiranya anda memilih untuk berpegang kepada teknik pembersihan secara manual, beberapa serpihan adware mungkin tertinggal sebagai objek yang dikelirukan dalam sistem operasi atau kemasukan pendaftaran. Untuk memastikan tiada komponen jahat daripada Launchpage.org adware yang tertinggal, imbas komputer anda dengan pengimbas keselamatan malware yang boleh dipercayai.

Muat turun pembuang Launchpage.org